
Penguatkuasaan
Peruntukan undang-undang yang digunapakai dalam aktiviti penguatkuasaan adalah seperti berikut:
Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah | ||
Tong Sampah | UUK 6 | Tidak mempunyai tong sampah yang bertutup dan diselenggarakan dalam keadaan baik. |
Sampah Kawasan Industri (Tred) | UUK 12 | Larangan membuang buangan perindustrian dan perdagangan di tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis |
Tempat Awam | UUK 4 | Tidak dibenarkan membuang sampah di tempat awam atau mana- mana tempat yang tidak dibenarkan oleh Majlis. |
Pembakaran Terbuka | UUK 16 | Larangan membakar bahan buangan dan sampah sarap tanpa kebenaran |
Sampah Sarap Rumah | UUK 7 | Gagal membuang sampah-sarap rumah mengikut ketetapan Majlis |
| UUK 7(1) | Gagal memastikan sampah sarap isi rumah diisi dalam beg plastik dan diikat |
| Akta Kerajaan Tempatan, 1976 | |
| Sek. 69 | Melakukan sesuatu kacau ganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air. |
| Sek. 82 (5) | Tidak mematuhi kehendak notis kacau ganggu bertarikh ( ) no.Siri ( ). |
| Akta Jalan Parit dan Bangunan, 1974 | |
| Sek. 47 (1)(d) | Membuang atau menumpah apa-apa darah, air masin, buangan cecair kotor atau benda-benda lain yang kotor atau mengganggu dengan sesuatu cara supaya ia melurut atau masuk ke dalam sesuatu tempat awam. |
| Sek. 47 (1)(e) | Menjatuhkan, menumpah, atau menabur apa-apa debu, pasir, tanah kelikir, batu, rumput, rumput kering,abuk kayu, abu, sampah kebun, sampah tred, baja, sampah atau apa-apa barang lain atau benda di sesuatu tempat awam sama ada dari sesuatu kereta yang bergerak atau berhenti atau dengan apa-apa cara lain. |