Skip to main content

 

 

Pengurusan Sisa Perindustrian dan Perdagangan MBSJ

  1. Definisi - Sisa perindustrian dan perdagangan (di bawah pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan) ialah apa-apa sisa yang dihasilkan semasa aktiviti perniagaan/ perindustrian, ini termasuk semua bahan yang sudah tidak digunakan lagi hasil proses pembuatan dan aktiviti jual beli. Contoh sisa perindustrian dan perdagangan ialah palet kayu, polisterin, reja-reja besi, plastik, kotak dan sebagainya yang tidak disenaraikan dalam kategori Buangan Terjadual. 

 

  1. Bagi menangani masalah pelupusan sampah industri dan perdagangan yang tidak teratur serta memastikan sisa industri dilupuskan dengan cara yang betul, setiap pengusaha/pemegang lesen perindustrian dan komersial (yang berkaitan) DIWAJIBKAN untuk melantik kontraktor daripada senarai Kontraktor  Panel Sisa Perindustrian dan Perdagangan MBSJ.

 

  1. Kategori industri dan perdagangan yang terlibat adalah:

               i.  Industri - semua jenis industri

               ii. Perdagangan – 

  1. Semua premis yang menjalankan aktiviti mengedar/ memborong / stor

  2. Semua kedai yang kawasan Management Block (Block / Land Title)

 

iii. Semua stesyen minyak

 

iv. Semua Kedai Berasaskan:

  1. Hardware / Perkakasan

  2. Bahan binaan / sanitari / jubin / tingkap / pintu

  3. Perabot

  4. Membaiki kenderaan / bengkel

  5. Barangan elektrik / lampu / penghawa dingin

  6. Menjual buah-buahan / sayuran

  7. Runcit / serbaneka 

  8. Menjalankan aktiviti percetakan / papan iklan / papan tanda

  9. Pejabat urusan dan stor

 

Berikut adalah punca kuasa sedia ada yang di gunakan bagi melaksanakan Polisi Pengurusan Sisa Industri dan Perdagangan MBSJ.

 

Sampah sarap umum

  1. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSJ) 2007- 

UUK 12 UUKPPPS (MBSJ) 2007

 

  1. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSJ) 2007-

UUK 4 UUKPPPS (MBSJ) 2007

 

Tong Sampah 

  1. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MBSJ) 2007 – 

UUK 6 UUKPPPS (MBSJ) 2007

 

Pencemaran air

  1. Seksyen 69 Akta 171 1976 – Melakukan sesuatu kacau ganggu atau meletakkan apa-apa kekotoran dalam atau di atas tebing mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air 

 

  1. Seksyen 47 (1) (d) Akta 133 1974 – Membuang atau menumpahkan apa-apa darah, air masin, buangan cecair kotor atau benda-benda lain yang kotor atau mengganggu dengan sesuatu cara supaya ia melurut atau masuk ke dalam sesuatu tempat awam