Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

| Nama Jabatan / Bahagian | JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA |
| Nama Ketua Jabatan / Bahagian | Sr. Aida Binti Omar |
| Tel Jabatan | 03-8026 3118 |
| Tel Whatsapp | 019-648 7823 |
| E-Mel Jabatan | aida@mbsj.gov.my |
Fungsi Jabatan
- Melaksanakan pengurusan pentadbiran, penyediaan Senarai Nilaian dan proses-proses berkaitan Penyediaan Cukai Taksiran mengikut peruntukan bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
- Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas harta-harta baru milik Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Badan-badan Berkanun bagi menuntut Sumbangan Membantu Kadar.
- Mengurus permohonan tanah bagi pihak Majlis untuk tujuan pemberimilikan, lesen, pendudukan sementara, pewartaan dan sebagainya.
- Mengurus penyewaan aset Majlis meliputi medan selera/gerai, pasar awam, tanah dan bangunan milik Majlis serta tapak paparan iklan dalam kawasan pentadbiran MBSJ.
- Mengurus aset-aset milik Majlis dari aspek penyelenggaraan kebersihan, insurans, penyediaan bekalan dan perkhidmatan serta pengurusan utiliti supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa.
Piagam Pelanggan Jabatan Penilaian And Pengurusan Harta
| JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA | ||
| TERAS 1 | TADBIR URUS TERBAIK | |
| FUNGSI ORGANISASI (FO) | F0 1 Melaksanakan dan menambahbaik pengurusan pentadbiran, integriti, kewangan, hasil, pencukaian dan perkhidmatan teras | |
| BIL. | PIAGAM PELANGGAN (PP) | TEMPOH MASA |
FUNGSI JABATAN (FJ) | FJ 1 Melaksanakan pengurusan pentadbiran, penyediaan Senarai Nilaian dan proses-proses berkaitan Penyediaan Cukai Taksiran mengikut peruntukan bahagian XV,Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). | |
| PP 1 | Meminda dan menguatkuasakan Cukai Taksiran ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta KerajaanTempatan 1976 (Akta 171). | 3 bulan dari tarikh pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan Sijil Layak Menduduki (COF) |
| PP 2 | Mencetak dan menguruskan penghantaran Notis Pindaan Senarai Nilaian kepada pemilik harta yang terlibat. | Tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh |
| PP 3 | Mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan selepas Notis Pindaan kepada Senarai Nilaian dikeluarkan kepada pemilik | 2 kali setahun |
| PP 4 | Mengeluarkan surat keputusan bantahan kepada pemilik harta yang mengemukakan permohonan secara bertulis | 14 Hari dari Keputusan Mesyuarat Majlis Bandaraya Subang Jaya |
| PP 5 | Memproses Permohonan Pindah Milik Bil Cukai Taksiran (Sekiranya Dokumen Lengkap dan Tiada Tunggakan Cukai Taksiran) | 7 Hari Dari Tarikh Dokumen Yang Lengkap Diterima |
| PP 6 | Memproses Permohonan Tukar Alamat Surat – Menyurat (Sekiranya Dokumen Lengkap) | 1 Hari Dari Tarikh Dokumen Yang Lengkap Diterima |
| PP 7 | Mengeluarkan Surat Akuan Penerimaan | 3 Hari |
| PP 8 | Kemaskini maklum balas status aduan dalam Sistem SISPAA MBSJ (siasatan/status aduan) | 11 Hari |
FUNGSI JABATAN (FJ) | FJ 2 Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atasharta-harta milik Kerajaan Persekutuan,Negeri dan Badan-badan Berkanun bagi menuntut Sumbangan Membantu Kadar (SMK). | |
| PP 9 | Penyediaan Borang A dan Borang B selepas terima maklumat Perakuan Siap dan Pematuhan (Borang F) dan menyerahkannya kepada agensi kerajaan berkaitan bagi tujuan pengesahan tarikh penghunian / menduduki harta tersebut. Agensi kerajaan tersebut perlu melengkapkan Borang B dan serahkan kembali kepada pihak MBSJ. | 30 Hari Dari Tarikh Terima Maklumat Lengkap Daripada Agensi Berkaitan |
| PP 10 | Menyediakan dan menyerahkan Borang C serta maklumat-maklumat penilaian harta kepada Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Negeri Selangor bagi tujuan Pengesahan Nilaian Sumbangan Membantu Berkadar (SMK). | Sebelum 30 November Tahun Penilaian Sumbangan Membantu Kadar (SMK) |
| PP 11 | Membuat Tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK) Kepada Agensi Berkaitan | sebelum 28 Februari tahun tuntutan |
FUNGSI JABATAN (FJ) | FJ 3 Mengurus permohonan tanah bagi pihak Majlis untuk tujuan pemberimilikan, lesen pendudukan sementara, pewartaan dan sebagainya. | |
| PP 12 | Mengemukakan permohonan hal-hal yang berkaitan tanah yang lengkap kepada agensi | 14 hari dari tarikh permohonan lengkap dan ulasan dari jabatan dalaman di terima |
FUNGSI JABATAN (FJ) | FJ 4 Mengurus penyewaan aset Majlis meliputi medan selera/gerai, pasar awam, tanah dan bangunan milik Majlis serta tapak paparan iklan dalam kawasan pentadbiran MBSJ. | |
| PP 13 | Mengeluarkan surat jawapan keputusan permohonan penyewaan kepada pemohon | 7 hari dari tarikh Mesyuarat Penuh MBSJ |
| PP 14 | Mengeluarkan bil tuntutan kepada penyewa setiap bulan | Sebelum 30hb setiap bulan |
| TERAS 2 | INFRA DAN KEMUDAHAN AWAM | |
| FUNGSI ORGANISASI (FO) | F0 3 Menyedia, menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur kemudahan awam dan aset Majlis. | |
FUNGSI JABATAN (FJ) | FJ 5 Mengurus aset-aset milik Majlis dari aspek penyelenggaraan kebersihan, insurans, penyediaan bekalan dan perkhidmatan serta pengurusan utiliti supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa. | |
| PP 15 | Menjalankan lawatan pemeriksaan tapak aset Majlis bagi mengawal selia kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor yang dillantik | 4 kali sebulan |
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2026